Translate

Search

Thursday 28 September 2017

Kemahiran Kepimpinan

George R. Terry (1998) mendifinisikan kepimpinan sebagai kemampuan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin untuk mempengaruhi orang lain bagi bekerja secara sedar atau memahami aliran sesuatu tugasan bagi mencapai matlamat yang diingini. Ordway Tead (1929) pula berpendapat bahawa  kepimpinan merupakan suatu perpaduan perangai yang membolehkan seseorang itu mendorong orang lain menyiapkan tugasannya.  Dalam konteks yang lain, kemahiran  kepimpinan adalah kemampuan seseorang dalm memimpin sesuatu organisasi dalam melakukan sesuatu tugasan bagi mencapai sesuatu matlamat bersama.


Dalam kehidupan seseorang pelajar adalah sangat penting untuk mempunyai dan menguasai kemahiran kepimpinan bagi menyempurnakan tangguangjawab sebagai seseorang ketua ataupun pemimpin dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Pemimpin harus berilmu dan berkemahiran, menjadi sumber teladan dan ikutan yang baik supaya daya kepimpinannya menjadi contoh kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi kerana seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelajar bakal terdidik dengan nilai kepimpinan yang berkualiti tinggi  dalam diri.


Dunia kedewasaan  memerlukan banyak interaktif terutama di alam pekerjaan. Justeru, kemampuan untuk berkomunikasi secara efektif adalah amat diperlukan bagi memenuhi perspektif yang diingini. Sifat kepimpinan dalam diri membantu pelajar memahami maklumat-maklumat penting serta mampu menyampaikannya dengan baik  Pelajar juga dapat  bertutur dengan yakin serta menunjukkan personaliti yang cemerlang.  Potensi pelajar dapat digilap sepenuhnya dengan memberikan peluang kepada mereka untuk bekerja dalam kumpulan atau organisasi secara formal atau tidak formal dengan mengamalkan ciri-ciri serta nila-nilai kepimpinan teladan.


Apabila pelajar diberikan amanah untuk  memimpin sesuatu organisasi, penting bagi mereka untuk mengutarakan idea dan pendapat yang bernas dengan akal fikiran sendiri. Berdasarkan Impact Factory (2007), menyatakan kualiti-kualiti kepimpinan yang sangat bernilai adalah seperti berkomunikasi dengan baik, kebolehan berfikir dengan keupayaan sendiri, mempunyai humor, dan fleksibel.

 









      
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berjaya membina pekerti yang mulia dalam diri para pengikutnya melalui teladan yang baik. Dalam agama islam, nabi junjungan Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah atau contoh yang baik terhadap semua umat di atas dunia. sitfat baginda yang begitu mulia telah menarik ramai pihak untuk memeluk islam. Pemimpin yang mempunyai qudwah hasanah bukan sahaja dapat mempengaruhi orang lain, malah dapat menerap sifat-sifat yang baik dalam diri pengikutnya.


Keadilan merupakan salah satu kepada tunjang perpaduan sesuatu organisasi. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang disanjungi, tetapi pemimpin yang bersikap pilih kasih adalah pemimpin yang dibenci. Apabila menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin, pelajar perlu mengutamakan keadilan semua pihak secara sama rata kepada setiap ahli kumpulan dalam menetapkan sesuatu keputusan atau melakukan sesuatu tindakan. Jika pemimpin bersikap pilih kasih, pasti para pengikutnya  tidak akan menghormati pemimpin serta tidak menyukai cara pimpinannya. Akhirnya, sesebuah organisasi itu akan musnah dan menjadi kacau bilau.



Dalam islam, pemimpin berkait rapat dengan taklif atau amanah. Sikap amanah adalah amat penting dalam diri pemimpin untuk menjalankan suatu tugasan dengan telus dan cekap. Amanah dalam kerja bukan sahaja hak pemimpin kepada manusia sahaja malah merupakan hak Allah yang wajib untuk ditunaikan. Jika pemimpin bersifat mazmumah dan mengabaikan amanah yang diberikan kepadanya, mereka akan berdosa dan pastinya pimpinannya tidak akan mendapat rahmat serta redha Ilahi. Sesuatu kumpulan atau organisasi mereka akan menjadi mundur dan tidak bersatu.



Rujukan:









disediakan oleh:
Siti Nur Amirah Binti Mohd Yusoff

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Kepimpinan