Translate

Search

Thursday 28 September 2017

Kemahiran Kepimpinan

George R. Terry (1998) mendifinisikan kepimpinan sebagai kemampuan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin untuk mempengaruhi orang lain bagi bekerja secara sedar atau memahami aliran sesuatu tugasan bagi mencapai matlamat yang diingini. Ordway Tead (1929) pula berpendapat bahawa  kepimpinan merupakan suatu perpaduan perangai yang membolehkan seseorang itu mendorong orang lain menyiapkan tugasannya.  Dalam konteks yang lain, kemahiran  kepimpinan adalah kemampuan seseorang dalm memimpin sesuatu organisasi dalam melakukan sesuatu tugasan bagi mencapai sesuatu matlamat bersama.


Dalam kehidupan seseorang pelajar adalah sangat penting untuk mempunyai dan menguasai kemahiran kepimpinan bagi menyempurnakan tangguangjawab sebagai seseorang ketua ataupun pemimpin dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Pemimpin harus berilmu dan berkemahiran, menjadi sumber teladan dan ikutan yang baik supaya daya kepimpinannya menjadi contoh kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi kerana seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelajar bakal terdidik dengan nilai kepimpinan yang berkualiti tinggi  dalam diri.


Dunia kedewasaan  memerlukan banyak interaktif terutama di alam pekerjaan. Justeru, kemampuan untuk berkomunikasi secara efektif adalah amat diperlukan bagi memenuhi perspektif yang diingini. Sifat kepimpinan dalam diri membantu pelajar memahami maklumat-maklumat penting serta mampu menyampaikannya dengan baik  Pelajar juga dapat  bertutur dengan yakin serta menunjukkan personaliti yang cemerlang.  Potensi pelajar dapat digilap sepenuhnya dengan memberikan peluang kepada mereka untuk bekerja dalam kumpulan atau organisasi secara formal atau tidak formal dengan mengamalkan ciri-ciri serta nila-nilai kepimpinan teladan.


Apabila pelajar diberikan amanah untuk  memimpin sesuatu organisasi, penting bagi mereka untuk mengutarakan idea dan pendapat yang bernas dengan akal fikiran sendiri. Berdasarkan Impact Factory (2007), menyatakan kualiti-kualiti kepimpinan yang sangat bernilai adalah seperti berkomunikasi dengan baik, kebolehan berfikir dengan keupayaan sendiri, mempunyai humor, dan fleksibel.

 









      
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berjaya membina pekerti yang mulia dalam diri para pengikutnya melalui teladan yang baik. Dalam agama islam, nabi junjungan Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah atau contoh yang baik terhadap semua umat di atas dunia. sitfat baginda yang begitu mulia telah menarik ramai pihak untuk memeluk islam. Pemimpin yang mempunyai qudwah hasanah bukan sahaja dapat mempengaruhi orang lain, malah dapat menerap sifat-sifat yang baik dalam diri pengikutnya.


Keadilan merupakan salah satu kepada tunjang perpaduan sesuatu organisasi. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang disanjungi, tetapi pemimpin yang bersikap pilih kasih adalah pemimpin yang dibenci. Apabila menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin, pelajar perlu mengutamakan keadilan semua pihak secara sama rata kepada setiap ahli kumpulan dalam menetapkan sesuatu keputusan atau melakukan sesuatu tindakan. Jika pemimpin bersikap pilih kasih, pasti para pengikutnya  tidak akan menghormati pemimpin serta tidak menyukai cara pimpinannya. Akhirnya, sesebuah organisasi itu akan musnah dan menjadi kacau bilau.



Dalam islam, pemimpin berkait rapat dengan taklif atau amanah. Sikap amanah adalah amat penting dalam diri pemimpin untuk menjalankan suatu tugasan dengan telus dan cekap. Amanah dalam kerja bukan sahaja hak pemimpin kepada manusia sahaja malah merupakan hak Allah yang wajib untuk ditunaikan. Jika pemimpin bersifat mazmumah dan mengabaikan amanah yang diberikan kepadanya, mereka akan berdosa dan pastinya pimpinannya tidak akan mendapat rahmat serta redha Ilahi. Sesuatu kumpulan atau organisasi mereka akan menjadi mundur dan tidak bersatu.



Rujukan:









disediakan oleh:
Siti Nur Amirah Binti Mohd Yusoff

Wednesday 27 September 2017

PERISIAN UTINITI

KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR


Kerja berpasukan adalah suatu kumpulan dan ahlinya berkerjasama dan melaksanakan tugas secara bersama bagi mencapai satu matlamat yang sama.Secara definisinya, pasukan adalah satu kumpulan yang mempunyai satu atau dua atau lebih individu yang saling berinteraksi dan menyelaraskan kerja dalam mencapai matlamat yang sama.Kerja berpasukan adalah penting kerana mampu mencapai kecemerlangan dari segi aspek akademik dan kokurikulum. Dengan melaksanakan kerja berpasukan,seseorang itu akan kebih aktif kerana akan berfikir secara kritsis untuk meningkatkan kualiti ahli pasukan kearah yang lebih baik.

Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan kumpulan adalah konteks organisasi atau struktur, persekitaran budaya, strategi, dan sistem kawalan oleh ketua didalam satu pasukan.Kemahiran kerja berpasukan adalah lebih berkualiti dengan melakukan sesuatu secara bersungguh dan di sertai niat yang ikhlas. Ketika pembelajaran secara berkumpulan atau berpasukan dilakukan, kesungguhan merupakan titik utama bagi mencapai kecemerlangan pasukan. Sikap saling bertoleransi adalah di perlukan ketika bekerja secara berpasukan bagi mengelakkan berlakunya perbalahan sesama ahli dan bagi menjamin keberkesanan kemahiran kerja berpasukan.Selain itu bagi memastikan pasukan dan kumpulan yang dibuat bergerak secara aktif adalah dengan menetapkan saiz yang bersesuaian di dalam satu kumpulan.

Masa yang sesuai perlu di tetapkan juga sesama agar kerja secara berpasukan atau berkumpulan dapat di lakukan secara efisyen dan tidak mengangu urusan lain.Bagi memastikan kumpulan atau pasukan bergerak secara efisyen, pembahagian tugas juga perlu dilakukan agar kerja dapat di lakukan secara adil dan perbincangan adalah lebih berkesan. Setiap ahli kumpulan mestilah meletakkan komitmen yang tinggi terhadap tugasan bagi memastiakn kejayaan ahli kumpulan.Antara kemahiran lain bagi memastikan kemahiran kerja secara berpasukan dan kumpulan adalah berkesan dengan memastikan perbincangan secara harmoni, tempat perbincangan yang sesuai, dan tiada monopoli di dalam perbincangan.


Rujukan


DARIPADA
SHAFIYAH ATIQAH BINTI MUHAMMAD NUBLI



KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR


Kemahiran komunikasi adalah kemahiran yang penting yang perlu ada di dalam diri seseorang kerana komunikasi merupaka rutin harian didialam kehidupan. Menurut Guffey dan Almonte (2010) komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak (pengantar) kepada satu pihak yang lain (penerima). Seseorang pelajar perlulah mempunyai kemahiran komunikasi dari pelbagai aspek di dalam meningkatkan kemahiran belajar. Antara jenis komunikasi adalah:
1)    Komunikasi yang pertama adalah komunikasi secara bertulis iaitu dalam bentuk dokumen,cetakan, emel dan sebagainya di dalam menyampaikan maklumat.
  komunikasi jenis ini di pengaruhi oleh beberapa jeni faktor seperti:
- fakta
-gaya
-laras bahasa
- pengolahan isi

2)    Komunikasi yang kedua adalah komunikasi secara lisan iaitu menggunakan Bahasa dan berlakunya interaksi sepeti perbincangan kumpulan, mesyuarat dan sebagainya.
  antara aspek yang mempengaruhi kominikasi bukan verbal adalah:
- ekperesi wajah
- pandangan mata
- sentuhan
- gaya tubuh dan gaya berjalan
- isyarat

3)    Komunikasi yang ketiga adalah komunikasi secara bukan lisan iaitu menggunakan Bahasa tubuh seperti ekspresi muka, postur badan, pergerakkan dan sebagainya.
  komunikasi jenis ini amatlah di pengaruhi oleh pelbagai aspek seperti:
- perbendaharaan kata
- kelajuan
- intonasi
- jelas

Di dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar terutama bagi yang menuntut di IPG, mereka perlulah mempunyai keyakinan di dalam menuturkan sesuatu fdan mengelakkan rasa malu terutama ketika sesi pembelajaran dilaksanakan bagi membolehkan maklumat di sampaikan dengan cara yang lebih berkesan.

Para pelajar di tuntut untuk meningkatkan komunikasi secara lisan dengan mengadakan pembentangan dengan lebih kerap didalam kelas bagi melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.Kemahiran komunikasi adalah lebih berkesan jika di sertai dengan pengetahuan yang tinggi yang didapati melalui pembacaan seharian. Selain itu, bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan, tekanan badan ekspresi mestilah di tekankan iaitu menggunakan intonasi yang baik, jelas dan bertempo serta menggunakan ekpresi wajah bagi menarik orang lain untuk mendengarnya terutama ketika sesi pembelajaran.

Kesan tidak berkemahiran di dalam berkomunikasi adalah akan menyebabkan maklumat tidak dapat di sampaikan dengan jelas, terlepas maklumat penting dan boleh mengelirukan pendengar. Hasil kemahiran komunikasi adalah pelajar akan mendapat kecekapan linguistik dan dapat berkomunikasi secara terancang melalui perbincangan, persembahan dan sebagainya sekaligus membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri. kemahiran komunikasi ini juga dapat majukan diri seseorang dalam meningkatkan kemahiran belajar. Oleh itu, kemahiran komunikasi adalah penting bagi meningkatkan mutu pembelajaran di dalam diri pelajar bagi melahirkan pelajar yang maju dan berdaya saing.

Rujukan



  DARIPADA:

  SHAFIYAH ATIQAH BINTI MUHAMMAD NUBLI









KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT) DALAM KALANGAN PELAJAR

DEFINISI


Kecekapan dalam penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses,menyimpan,melindungi dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa di kalangan pelajar.

Contohnya, kemahiran menggunakan komputer riba yang mampu untuk menyimpan,memindah dan mengubah maklumat tanpa mengira tempat dan masa. Dengan menggunakan komputer riba, pelajar boleh menghasilkan sesuatu yang unik, moden, dan mampu untuk merangsang seseorang untuk lebih bersemangat untuk belajar.

Kepentingan Kemahiran ICT dalam kalangan pelajar IPG




Antara kepentingan kemahiran ICT kepada pelajar IPG ialah pelajar IPG dapat menjimatkan masa dalam proses pembelajaran mereka terutama ketika menyiapkan tugasan. Hal ini kerana dengan menggunakan ICT seperti internet mereka boleh mendapatkan maklumat di hujung jari dengan pantas dan tidak perlu untuk ke perpustakaan untuk mencari buku dan bahan rujukan. Malah mereka juga dapat mencari ilmu yang baharu serta terkini yang mereka tidak dapat memperolehinya daripada buku . Selain itu, dengan menguasai kemahiran ICT pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan efektif kerana ICT mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh memaparkan maklumat dengan jelas dan menarik perhatian. Hal ini akan menyebabkan pelajar IPG lebih mudah untuk faham dan hafal pelajaran tersebut kesannya pembelajaran pelajar IPG akan menjadi lebih lancar dan teratur. Seterusnya, kemahiran menggunakan ICT dapat melatih pelajar IPG menjadi pendidik yang moden dan berkualiti. Pendidik yang moden dan berkualiti adalah pendidik yang mempunyai pengetahuan yang luas dan mempunyai pelbagai cara untuk mendidik anak murid mereka supaya anak murid mereka lebih mudah untuk faham sesuatu topik. Kemahiran ICT juga boleh meningkatkan kemahiran belajar kerana pelajar dapat membuat nota dengan cepat dan kemas menggunakan ICT seperti Microsoft word. Mereka juga dapat melakukan perbincangan dan pembentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point. Ia lebih mudah serta cepat dan mereka tidak perlu lagi menggunakan kertas mahjung untuk membuat pembentangan . Akhirnya, dengan mengaplikasikan kemahiran ICT dalam pembelajaran, pelajar telah menepati kaedah pembelajaran abad-21. Hal ini kerana pembelajaran di abad ini memerlukan pelajar untuk lebih berdikari dan guru atau pensyarah hanyalah sebagai pembimbing dan pemudah cara. Hal ini untuk melatih pelajar dari awal supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab,rajin berusaha dan tidak bergantung harap pada orang lain.

CONTOH KEMAHIRAN ICT YANG PERLU DIKUASAI

 

Terdapat pelbagai kemahiran ICT yang perlu dikuasai oleh pelajar IPG. Antaranya ialah Microsoft Word, Microsoft Power Point,Microsoft Excel. Microsoft Word ialah sebuah program aplikasi pengolah data berupa huruf atau kata yang biasa digunakan untuk membuat laporan, membuat dokumen, dan lain lain. Pelajar tidak perlu lagi menulis tangan untuk membuat tugasan yang pastinya akan mengabil masa yang lama. Microsoft Power Point pula ialah salah satu program aplikasi microsoft office yang berguna untuk membuat persembahan dalam bentuk "slide". Aplikasi ini biasanya digunakan untuk keperluan pembentangan,mengajar,dan untuk membuat animasi sederhana. Selain itu, Microsoft Excel  merupakan aplikasi untuk mengolah data secara automatik yang dapat membuat perhitungan dasar, rumus, penggunaan fungsi-fungsi, pengolahan data dan jadual, penghasilan grafik dan mentafsir data.



RUJUKAN:
1-http://eprints.utm.my/6588/4/AzamMP052038D2007TTTCHAP1.pdf
2-https://www.academia.edu/4408342/Kemahiran_Generik
3-https://www.slideshare.net/TieyrahKecik/integrasi-kemahiran-generik-dalam-pp
4-http://itaothman.weebly.com/kepentingan-menguasai-kemahiran-teknologi-maklumat-ict.html
5-http://mppaspirasiukm.blogspot.my/2013/09/kemahiran-insaniah-memahir-kemahiran.html

Disediakan oleh: Hanin Nadhrah Binti Husin

Tuesday 26 September 2017

PENGENALAN KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran generik adalah merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada diri seseoramg kerana ia merupakan sesuatu tuntutan terhadap individu bagi menghasilkan individu yang berkebolehan dsri segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek.Kebanyakan premis perniagaan,agensi kerajaan dan swasta pada masa kini juga lebih cenderung untuk mengambil pekerja yang mempunyai kemahiran generik yang mantap iaitu tidak berorientasikan perkhidmatan dan maklumat  semata-mata tetapi mempunyai kemahiran sosial yang baik. Menurut Australian Chamber of Commerce and Industry Council (2002) mengatakan bahawa Kebanyakan majikan juga memberi fokus kepada pengurangan kos peningkatan produktiviti dan pasaran. Pekerja yang mempunyai kemahiran generiuk yang tinggi akan mendapat peluang pekerjaan yang tinggi dan akan mempunyai skop bidang kerja yang luas di samping mendapat gaji yang lumayan.

Menurut Kearns (2001) mengatakan bahawa  Kemahiran generik dapat di definisikan sebagai kemahiran yang boleh melalui sebahagian besar kerjaya yang pelbagai yang mempengaruhi pelbagai kemahiran asas seperti kognitif, personal dan interpersonal yang relevan.Manakala menurut Robinson (2000) pula kemahiran generik adalah kemahiran asas yang di gunakan dan diperlukan agar dapat melakukan kerja yang sempurna.

Menurut kamus Dewan edisi 2002 pula mancatatkan bahawa kemahiran generik adalah sesuatu perkara yang berunsurkan kemahiran,kecekapan dan keterampilan ketika melakukan sesuatu bagi mendapat hasil yang sempurna di peringkat akhir.
Menurut Benenett (1999) Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan New Zealand menggunakan kemahiran generic di dalm pendidikan  kerana mampu melahirkan pelajar yang cekap, berketrampilan dan mampu mencapai kecemerlangan di dalam hidup.

Menurut Adibah (2005), Mohd Safarin (2004), Kearns (2001), Bennett (1999)  dan Holmes, (1995) kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah menganalisis maklumat, dan bekerja dalam kumpulan dapat memberikan nilai yang lebih tinggi kepada seseorang pekerja. Dalam bidang pendidikan pula,setiap pelajar perlu ada kemahiran generik bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Menurut Ab. Rahim (2002) kemahiran seperti ini melatih pelajar di peringkat awal sebelum melalui bidang kerjaya dan boleh menggunakannya dalam pelbagai situasi terutamanya di dalam mengurus sesebuah organisasi.

Di dalam mendapat pembelajaran yang berkesan,kemahran generik dalah di perlukan bagi meningkatkan kualiti pemebelajaran. Menurut Azalya (2003), kemahiran generik perlulah seiring dengan pemebelajaran di dalam kelas.

Secara keseluruhannya kemahiran generik adalah kemahiran insaniah, modal insan dan soft skills yang ada di dalam diri seseorang dan boleh di guna pakai di dalm kehidupan.Secara spesifiknya kemahiran generik adalah memberi tumpuan kepada kemahiran personal, sikap, tabiat, kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian masalah di dalam pembelajaran.Sebagai mahasiswi Institut Pendidikan Guru (IPG), kemahiran generik amatlah membantu kami di dalam meningkatkan kualiti dan mutu pembelajaran kami di IPG. Kemahiran generik meliputi beberapa elemen dan di dalam penulisan ini,Antaranya adalah:





Rujukan


2)    http://eprints.utm.my/6588/4/AzamMP052038D2007TTTCHAP1.pdf

Disediakan oleh
SHAFIYAH ATIQAH BINTI MUHAMMAD NUBLI









Kemahiran Kepimpinan