
Menurut Kearns (2001) mengatakan bahawa Kemahiran generik dapat di definisikan
sebagai kemahiran yang boleh melalui sebahagian besar kerjaya yang pelbagai
yang mempengaruhi pelbagai kemahiran asas seperti kognitif, personal dan
interpersonal yang relevan.Manakala menurut Robinson (2000) pula kemahiran
generik adalah kemahiran asas yang di gunakan dan diperlukan agar dapat
melakukan kerja yang sempurna.
Menurut kamus Dewan edisi 2002 pula mancatatkan bahawa kemahiran
generik adalah sesuatu perkara yang berunsurkan kemahiran,kecekapan dan
keterampilan ketika melakukan sesuatu bagi mendapat hasil yang sempurna di
peringkat akhir.
Menurut Benenett (1999) Negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, Australia, United Kingdom dan New Zealand menggunakan kemahiran
generic di dalm pendidikan kerana mampu
melahirkan pelajar yang cekap, berketrampilan dan mampu mencapai kecemerlangan
di dalam hidup.
Menurut Adibah (2005), Mohd Safarin (2004), Kearns (2001), Bennett
(1999) dan Holmes, (1995) kemahiran
generik seperti kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah menganalisis
maklumat, dan bekerja dalam kumpulan dapat memberikan nilai yang lebih tinggi
kepada seseorang pekerja. Dalam bidang pendidikan pula,setiap pelajar perlu ada
kemahiran generik bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Menurut Ab. Rahim
(2002) kemahiran seperti ini melatih pelajar di peringkat awal sebelum melalui
bidang kerjaya dan boleh menggunakannya dalam pelbagai situasi terutamanya di
dalam mengurus sesebuah organisasi.
Di dalam mendapat pembelajaran yang berkesan,kemahran generik dalah
di perlukan bagi meningkatkan kualiti pemebelajaran. Menurut Azalya (2003),
kemahiran generik perlulah seiring dengan pemebelajaran di dalam kelas.
Secara keseluruhannya kemahiran generik adalah kemahiran insaniah,
modal insan dan soft skills yang ada di dalam diri seseorang dan boleh di guna pakai
di dalm kehidupan.Secara spesifiknya kemahiran generik adalah memberi tumpuan
kepada kemahiran personal, sikap, tabiat, kemahiran berkomunikasi dan
penyelesaian masalah di dalam pembelajaran. Sebagai mahasiswi Institut Pendidikan Guru (IPG), kemahiran generik
amatlah membantu kami di dalam meningkatkan kualiti dan mutu pembelajaran kami
di IPG. Kemahiran generik meliputi beberapa elemen dan di dalam penulisan ini,Antaranya
adalah:
Rujukan
2)
http://eprints.utm.my/6588/4/AzamMP052038D2007TTTCHAP1.pdf
Disediakan oleh
SHAFIYAH ATIQAH BINTI MUHAMMAD NUBLI
Disediakan oleh
SHAFIYAH ATIQAH BINTI MUHAMMAD NUBLI
No comments:
Post a Comment