Translate

Search

Wednesday 27 September 2017

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT) DALAM KALANGAN PELAJAR

DEFINISI


Kecekapan dalam penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses,menyimpan,melindungi dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa di kalangan pelajar.

Contohnya, kemahiran menggunakan komputer riba yang mampu untuk menyimpan,memindah dan mengubah maklumat tanpa mengira tempat dan masa. Dengan menggunakan komputer riba, pelajar boleh menghasilkan sesuatu yang unik, moden, dan mampu untuk merangsang seseorang untuk lebih bersemangat untuk belajar.

Kepentingan Kemahiran ICT dalam kalangan pelajar IPG




Antara kepentingan kemahiran ICT kepada pelajar IPG ialah pelajar IPG dapat menjimatkan masa dalam proses pembelajaran mereka terutama ketika menyiapkan tugasan. Hal ini kerana dengan menggunakan ICT seperti internet mereka boleh mendapatkan maklumat di hujung jari dengan pantas dan tidak perlu untuk ke perpustakaan untuk mencari buku dan bahan rujukan. Malah mereka juga dapat mencari ilmu yang baharu serta terkini yang mereka tidak dapat memperolehinya daripada buku . Selain itu, dengan menguasai kemahiran ICT pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan efektif kerana ICT mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh memaparkan maklumat dengan jelas dan menarik perhatian. Hal ini akan menyebabkan pelajar IPG lebih mudah untuk faham dan hafal pelajaran tersebut kesannya pembelajaran pelajar IPG akan menjadi lebih lancar dan teratur. Seterusnya, kemahiran menggunakan ICT dapat melatih pelajar IPG menjadi pendidik yang moden dan berkualiti. Pendidik yang moden dan berkualiti adalah pendidik yang mempunyai pengetahuan yang luas dan mempunyai pelbagai cara untuk mendidik anak murid mereka supaya anak murid mereka lebih mudah untuk faham sesuatu topik. Kemahiran ICT juga boleh meningkatkan kemahiran belajar kerana pelajar dapat membuat nota dengan cepat dan kemas menggunakan ICT seperti Microsoft word. Mereka juga dapat melakukan perbincangan dan pembentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point. Ia lebih mudah serta cepat dan mereka tidak perlu lagi menggunakan kertas mahjung untuk membuat pembentangan . Akhirnya, dengan mengaplikasikan kemahiran ICT dalam pembelajaran, pelajar telah menepati kaedah pembelajaran abad-21. Hal ini kerana pembelajaran di abad ini memerlukan pelajar untuk lebih berdikari dan guru atau pensyarah hanyalah sebagai pembimbing dan pemudah cara. Hal ini untuk melatih pelajar dari awal supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab,rajin berusaha dan tidak bergantung harap pada orang lain.

CONTOH KEMAHIRAN ICT YANG PERLU DIKUASAI

 

Terdapat pelbagai kemahiran ICT yang perlu dikuasai oleh pelajar IPG. Antaranya ialah Microsoft Word, Microsoft Power Point,Microsoft Excel. Microsoft Word ialah sebuah program aplikasi pengolah data berupa huruf atau kata yang biasa digunakan untuk membuat laporan, membuat dokumen, dan lain lain. Pelajar tidak perlu lagi menulis tangan untuk membuat tugasan yang pastinya akan mengabil masa yang lama. Microsoft Power Point pula ialah salah satu program aplikasi microsoft office yang berguna untuk membuat persembahan dalam bentuk "slide". Aplikasi ini biasanya digunakan untuk keperluan pembentangan,mengajar,dan untuk membuat animasi sederhana. Selain itu, Microsoft Excel  merupakan aplikasi untuk mengolah data secara automatik yang dapat membuat perhitungan dasar, rumus, penggunaan fungsi-fungsi, pengolahan data dan jadual, penghasilan grafik dan mentafsir data.



RUJUKAN:
1-http://eprints.utm.my/6588/4/AzamMP052038D2007TTTCHAP1.pdf
2-https://www.academia.edu/4408342/Kemahiran_Generik
3-https://www.slideshare.net/TieyrahKecik/integrasi-kemahiran-generik-dalam-pp
4-http://itaothman.weebly.com/kepentingan-menguasai-kemahiran-teknologi-maklumat-ict.html
5-http://mppaspirasiukm.blogspot.my/2013/09/kemahiran-insaniah-memahir-kemahiran.html

Disediakan oleh: Hanin Nadhrah Binti Husin

1 comment:

Kemahiran Kepimpinan